Quantcast
Channel: Jabatan Kastam Diraja Malaysia | Royal Malaysian Customs Department - Laman Utama
Viewing all articles
Browse latest Browse all 137

Mesyuarat SWG-ACTS ke 5

$
0
0

alt

SWG-ACTS adalah singkatan bagi Sub-Working Group on ASEAN Customs Transit System iaitu salah satu kumpulan kerja di bawah The Customs Procedures and Trade Facilitation Working Group.

Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diberi tanggungjawab dengan kerjasama Sekretariat ASEAN untuk menjayakan mesyuarat yang dianjurkan oleh Persatuan Negara-Negera Asia Tenggara (ASEAN) ini.

alt alt

YBhg. Dato’ Ab Hamid bin Salleh, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mewakili Ketua Pengarah Kastam Malaysia untuk merasmikan mesyuarat yang diadakan di Berjaya Time Square Kuala Lumpur bermula dari 8 hingga 10 Januari 2014.

Sebanyak 10 negara anggota ASEAN yang terlibat, tetapi hanya 6 negara yang menghantar wakil untuk mesyuarat kali ini iaitu Cambodia, Lao PDR, Malaysia, Singapore, Thailand, Vietnam dan turut terlibat, 3 org penasihat dari ASEAN Regional Intergration Support from The EU (ARISE).

alt alt

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah pembangunan ekonomi ASEAN yang melibatkan Sistem Transit Kastam ASEAN (ASEAN Customs Transit System – ACTS), perkongsian maklumat antara negara-negara anggota ASEAN dan pembangunan ICT dan teknikal.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 137