Kepada semua pegawai pengambilan baru bagi jawatan Penguasa Kastam Gred W41:
Tuan/puan dikehendaki melaporkan diri di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka pada 9 Jun 2014 dan seterusnya menjalani Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 1/2014 dari 9 Jun 2014 hingga 12 September 2014. Surat panggilan untuk menghadiri program ini telah dihantar kepada tuan/puan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cawangan Perkhidmatan dan Latihan, Ibu Pejabat di talian 03-88822178, 03-88822165 dan 03-88822185.