Penjawat Awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian bagi menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi tetapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukan. (Petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia)
Ianya bertepatan sekali dengan apa yang telah diperuntukan di dalam Peraturan 4 (2) (e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan) 2002 P.U. (A) 395 iaitu Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha dalam melaksanakan tugasnya. Tindakan tatatertib boleh dikenakan keatas pegawai yang melanggar Peraturan ini.