Quantcast
Channel: Jabatan Kastam Diraja Malaysia | Royal Malaysian Customs Department - Laman Utama
Viewing all articles
Browse latest Browse all 137

PERINTAH PERTUKARAN PEGAWAI KANAN BIL.1/2013

$
0
0

PERINTAH PERTUKARAN PEGAWAI KANAN BIL. 1/2013

-------------------------------------------------------------------

 

Perintah pertukaran ini berkuatkuasa pada 28 Januari 2013.

 

BIL

NAMA

DARI

KE

 

1.

Abd Raup bin Ag. Besar

601125-12-5207

(Gred W32)

Penolong Penguasa Kastam

Sabah

Penolong Penguasa Kastam Ibu Pejabat

(Memangku W36)

 

2.

Simon Titik a/k Ba’et

540128-13-5375

(Gred W32)

 

Penolong Penguasa Kastam

Sarawak

 

Penolong Penguasa Kastam Ibu Pejabat

(Memangku W36)

 

3.

Mohd Nor Shukri bin Hj. Sulaiman

651206-08-5601

(Gred W32 KUP)

 

Penolong Penguasa Kastam

Perak

Penolong Penguasa Kastam Kedah

(Memangku W36)

 

2.       SYARAT-SYARAT PEMANGKUAN

Bagi pegawai yang diarah memangku, “Sepanjang Tempoh Pemangkuan ini, prestasi tuan akan dinilai untuk sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan tuan boleh dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat selepas daripada tempoh tersebut sekiranya tuan menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Tuan tidak akan dipertimbangkan kenaikkan pangkat sekiranya tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik dalam tempoh pemangkuan. Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan sekiranya terlibat dengan tindakan tatatertib, pelanggaran peraturan dan sebagainya”.

 

3.       PERBELANJAAN

Pertukaran ini adalah DITANGGUNG OLEH KERAJAAN. Bahagian Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri dikehendaki mengemukakan permohonan peruntukan sebenar bagi pegawai yang bertukar dari negeri masing-masing ke Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan segera.

 

4.       SERAH-MENYERAH TUGAS

Pegawai yang diarah bertukar hendaklah menyediakan nota serah tugas yang lengkap yang bukan sahaja menyenaraikan fail-fail serta dokumen-dokumen untuk diserahkan, tetapi peringkat tindakan yang telah diambil ke atas sesuatu fail serta tindakan-tindakan yang perlu diambil.

 

5.       TEMPAT MELAPORKAN DIRI

Pegawai diarah bertukar hendaklah melaporkan diri terlebih dahulu di Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri, sebelum diarah bertukar ke Negeri/Bahagian/Cawangan yang ditempatkan. Surat arahan melaporkan diri dari Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Pengurusan Negeri hendaklah dibawa bersama semasa melaporkan diri.

 

6.       TEMPOH PERTUKARAN

Pertukaran ini hendaklah dilaksanakan pada tarikh kuatkuasa yang dinyatakan. Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri hendaklah dimaklumkan tarikh pegawai melaporkan diri untuk penyediaan dokumen-dokumen yang perlu.

 

 

Sekian, terima kasih.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 137