PERINTAH PERTUKARAN PEGAWAI KANAN BIL. 5/2013
Perintah pertukaran ini berkuatkuasa pada 18 Mac 2013.
BIL | NAMA | DARI | KE | |
1. | Mohamed Yusoff bin Haron 600212-71-6203 (Gred W27) | Penolong Penguasa Kastam Negeri Sembilan | Penolong Penguasa Kastam Kedah (Memangku Gred W32) | |
2. | Rafidah binti Radzali 850117-05-5592 (Gred W27) | Penolong Penguasa Kastam LTA Kuala Lumpur | Penolong Penguasa Kastam Selangor (Memangku Gred W32) | |
3. | Noor Faizah binti Aziz 841227-01-6514 (Gred W27) | Penolong Penguasa Kastam WP Kuala Lumpur | Penolong Penguasa Kastam Kedah (Memangku Gred W32) |
2. SYARAT-SYARAT PEMANGKUAN
Bagi pegawai yang diarah memangku, "Sepanjang Tempoh Pemangkuan ini, prestasi tuan akan dinilai untuk sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan tuan boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat selepas daripada tempoh tersebut sekiranya tuan menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Tuan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik dalam tempoh pemangkuan. Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan sekiranya terlibat dalam tindakan tatatertib, pelanggaran peraturan dan sebagainya.
3. PERBELANJAAN
Pertukaran ini adalah DITANGGUNG OLEH KERAJAAN. Bahagian Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri dikehendaki mengemukakan permohonan peruntukan sebenar bagi pegawai yang bertukar dari negeri masing-masing ke Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan segera.
4. SERAH-MENYERAH TUGAS
Pegawai yang diarah bertukar hendaklah menyediakan nota serah tugas yang lengkap yang bukan sahaja menyenaraikan fail-fail serta dokumen-dokumen untuk diserahkan, tetapi peringkat tindakan yang telah diambil ke atas sesuatu fail serta tindakan-tindakan yang perlu diambil.
5. TEMPAT MELAPORKAN DIRI
Pegawai diarah bertukar hendaklah melaporkan diri terlebih dahulu di Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri, sebelum diarah bertukar ke Negeri/Bahagian/Cawangan yang ditempatkan. Surat arahan melaporkan diri dari Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Pengurusan Negeri hendaklah dibawa bersama semasa melaporkan diri.
6. TEMPOH PERTUKARAN
Pertukaran ini hendaklah dilaksanakan pada tarikh kuatkuasa yang dinyatakan. Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri hendaklah dimaklumkan tarikh pegawai melaporkan diri untuk penyediaan dokumen-dokumen yang perlu.