PERINTAH PERTUKARAN PEGAWAI KASTAM BIL.6/2013
---------------------------------------------------------------------
Perintah Pertukaran ini berkuatkuasa mulai 22 April 2013.
Bil. | Nama | Dari | Ke
| ||
1. | Bakar Bin Tersin 580815-12-5013
| Pegawai Kastam Kanan Gred W22 No. 8074 Kota Kinabalu Sabah | Pegawai Kastam Tinggi Gred W26 (Memangku) No. 8074 Kota Kinabalu Sabah
| ||
2. | Ag Rahim Bin Ag Kassim 590402-12-5707 | Pegawai Kastam Kanan Gred W22 No. 8240 Kota Kinabalu Sabah | Pegawai Kastam Tinggi Gred W26 (Memangku) No. 8240 Kota Kinabalu Sabah
| ||
3. | Bacho Bin Majid 580427-12-5413 | Pegawai Kastam Kanan Gred W22 No. 8243 Sandakan Sabah | Pegawai Kastam Tinggi Gred W26 (Memangku) No. 8243 Sandakan Sabah
| ||
4. | Gerald Gom 611221-12-5337 | Pegawai Kastam Kanan Gred W22 No. 8339 Kota Kinabalu Sabah | Pegawai Kastam Tinggi Gred W26 (Memangku) No. 8339 Kota Kinabalu Sabah
| ||
2. SYARAT – SYARAT PEMANGKUAN
Bagi pegawai yang diarah memangku “Sepanjang tempoh pemangkuan ini, prestasi tuan akan dinilai untuk sekurang – kurangnya enam (6) bulan dan tuan boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat selepas daripada tempoh tersebut sekiranya tuan menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik di gred jawatan yang dipangku serta memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan. Tuan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya tidak menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik dalam tempoh pemangkuan. Tuan juga akan ditamatkan pemangkuan sekiranya terlibat dengan tindakan tatatertib, pelanggaran peraturan dan sebagainya”.
3. PERBELANJAAN
Pertukaran ini adalah DITANGGUNG OLEH KERAJAAN.Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia Negeri dikehendaki mengemukakan permohonan peruntukan sebenar bagi pegawai yang bertukar dari negeri masing-masing ke Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat dengan segera.
4. SERAH MENYERAH TUGAS
Pegawai yang diarah bertukar hendaklah menyediakan nota serah tugas yang lengkap yang bukan sahaja menyenaraikan fail-fail serta dokumen-dokumen untuk diserahkan tetapi peringkat tindakan yang telah diambil ke atas sesuatu fail serta tindakan-tindakan yang perlu diambil.
5. TEMPAT MELAPORKAN DIRI
Pegawai yang diarahkan bertukar hendaklah melaporkan diri terlebih dahulu di Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri, sebelum diarah bertukar ke Negeri/Bahagian/Cawangan yang ditempatkan. Surat arahan melapor diri dari Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Ibu Pejabat/Pengurusan Negeri hendaklah dibawa bersama semasa melaporkan diri.
6. TEMPOH PERTUKARAN
Pertukaran ini hendaklah dilaksanakan pada tarikh kuatkuasa yang dinyatakan. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia Ibu Pejabat/Bahagian Pengurusan Negeri hendaklah dimaklumkan tarikh pegawai melaporkan diri untuk penyediaan dokumen yang perlu.
7. PENEMPATAN PEGAWAI-PEGAWAI MEMANGKU
Pegawai yang ditawarkan memangku ke Gred W26 dan ditempatkan di negeri yang sama, Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia Negeri hendaklah membuat penempatan pegawai-pegawai yang berkenaan di lain-lain Bahagian atau Stesen dan tidak ditempatkan di Bahagian atau Stesen yang sama semasa Pegawai tersebut di Gred W22.
Sekian, terima kasih.