KPK LANCAR iSPEED - Sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia kali ke-71
Putrajaya, 8 Mei 2013: Buat julung kalinya Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia kali ke-71 telah berlangsung mulai 8 Mei 2013 di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya.
Mesyuarat selama tiga hari itu diadakan di Dewan Persidangan Sri Rampai, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia YBhg Dato’Sri Khazali bin Haji Ahmad. Semua pengarah-pengarah Kastam Negeri dan Bahagian telah hadir.
Sempena mesyuarat pada kali ini juga telah diadakan mesyuarat PEWAKAS kali ke-20 bertempat di Tingkat 4, Pejabat Bahagian Cukai Dalam Negeri, Bangunan Boulevard, Putrajaya.
Dalam ucaptama dan amanat sempena perasmian mesyuarat pada kali ini, KPK telah menetapkan hala tuju yang jelas iaitu memberi fokus kepada isu-isu berkaitan dasar Jabatan bagi menjadikan perkhidmatan kastam bertaraf dunia tahun 2015.
Untuk selanjutnya, ikuti ucapan penuh KPK klik di sini. (Sila Log Masuk Terlebih Dahulu)