Majlis Anugerah Perkhidmatan Cermerlang (APC) 2012 yang diadakan pada 14 Mei 2013 di Pusat Konvesyen Antarabangsa (PICC) menggabungkan 5 negeri iaitu Ibu Pejabat, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KLIA dan AKMAL. Pada tahun ini, 305 kakitangan JKDM telah dianugerahkan perkhidmatan Cemerlang.
Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurusan tertinggi Jabatan.
KPK dalam ucapannya mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang terpilih menerima anugerah ini dan berharap dapat mengekalkan prestasi dan meningkatkan lagi kecemerlangan pada masa hadapan selaras dengan visi Jabatan untuk “Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015”.
PENERIMA APC JKDM IBU PEJABAT
PENERIMA APC JKDM SELANGOR
PENERIMA APC JKDM WPKL
PENERIMA APC KLIA
URUSETIA APC 2012