Quantcast
Channel: Jabatan Kastam Diraja Malaysia | Royal Malaysian Customs Department - Laman Utama
Viewing all articles
Browse latest Browse all 137

KPK MENZIARAHI TIMBALAN PENGARAH PERANCANGAN STRATEGIK

$
0
0

                  MRP 3522

Pada 22 Mei 2013 Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali bin Haji Ahmad telah menziarahi Timbalan Pengarah Perancangan Strategik, Tuan Nik Mohd Adeb bin Nik Mohd Salleh yang sedang menerima rawatan susulan di Coop Medical Centre (CMC), Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.                                                                 

Tuan Nik yang menghidap sakit “angin ahmar” atau lebih dikenali sakit stroke telah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut pada 16 April 2013 selepas dikeluarkan dari Hospital Putrajaya. Antara yang turut hadir menziarahi adalah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Dato’Amir bin Haji Abd.Hamid, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Dato’Haji Zainul Abidin bin Taib, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.

Menurut Doktor Mohd Shuhaiza bin Mohd Zain yang merawat beliau, keadaan Tuan Nik kini dalam proses melakukan rehablitasi iaitu pemulihan cara kerja bagi membolehkannya bergerak seperti sedia kala. Tuan Nik yang dipantau 24 jam oleh pengurus jururawat bertugas kini sudah boleh mengerakkan tangan berbanding dahulu yang hanya mampu terbaring tanpa bergerak.

MRP 3524

Tambah doktor berkenaan, Tuan Nik memerlukan penjagaan yang rapi bagi memulihkan balik keadaan dirinya yang semakin stabil dan boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan. Dalam pada itu, KPK turut menghulurkan sumbangan wang tunai kepada ahli keluarga Tuan Nik bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarganya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 137