Pada kesempatan ini saya mengucapkan ‘ Deepavali Valthukal ‘ kepada semua warga kastam yang beragama Hindu di di seluruh tanah air.
Pada tanggal 2 November ini masyarakat India yang beragama Hindu akan menyambut perayaan Hari Deepavali atau ‘ Pesta Cahaya ‘ sebagai tanda simbolik untuk menyatakan kebaikan mengatasi kejahatan berikutan dengan kejayaan Krishna, seorang dewa Hindu, menumpaskan Naragasura yang merupakan makhluk jahat yang telah mengancam kebahagiaan penduduk dunia.Â
Sempena sambutan perayaan Hari Deepavali ini saya mengajak semua warga JKDM supaya sama-sama mengambil peluang berkunjung ke rumah rakan-rakan kita yang meraikannya. Peluang bertemu dan bermesra ini akan dapat mengeratkan perasaan muhibbah oleh semua warga. Akhirnya saya juga ingin mengingatkan seluruh warga yang akan menyambut perayaan ini serta warga yang pulang bercuti sempena perayaan ini supaya berhati-hati di jalan raya dan saya mendoakan semoga selamat sampai dan kembali ke destinasi masing-masing.Â
Sekian, salam hormat
                                                                                                                      Â
Dato’ Sri Khazali Bin Hj.Ahmad                                        Â
Ketua Pengarah Kastam Malaysia