Pada 3 hingga 6 Disember 2013, telah berlangsungnya Persidangan Timbalan Pendakwa Raya dan Pegawai Pendakwa JKDM 2013 di Bayview Hotel, Melaka. Persidangan yang diketuai oleh Yang Mulia Raja Rozela binti Raja Toran, Penasihat Undang-Undang Jabatan. Persidangan ini telah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pendakwaan dan mencari jalan penyelesaian.
Selain itu, persidangan ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat “esprit de corps” di kalangan Timbalan Pendakwa Raya dan Pegawai Pendakwa dan tahap isu dalam mengendalikan kes-kes di mahkahmah. Persidangan ini turut menerangkan dan membincangkan isu undang-undang terkini.