Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya mematahkan 126 percubaan menyeludup dadah berbahaya sebanyak 1,582.50 Kg bernilai RM 116 juta di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat angka tertinggi dengan 65 kes rampasan dadah sebanyak 710.68 Kg bernilai RM 45,680,372.50.
Pada 29 November 2013 hingga 16 Disember 2013, JKDM KLIA berjaya mematahkan 4 percubaan menyeludup dadah yang melibatkan kuantiti sebanyak 7.748 Kg bernilai RM 1.42 juta.