Akademi Kastam Diraja Malaysia, AKMAL Bukit Baru Melaka menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Dato’ Haji Zainul Abidin bin Taib pada 18 Julai 2013 bersamaan 9 Ramadan 1434H.
Sebelum majlis berbuka puasa, AKMAL menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan anak yang kurang kemampuan dari Sekolah Kebangsaan Bukit Baru. Seramai 57 orang murid menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dato’ Haji Zainul Abidin dan isteri.
Pada majlis tersebut, peserta Kursus Asas Gred W17 Siri 2/2013 telah memperdengarkan bacaan Tilawah al-Quran dan persembahan nasyid. Turut hadir di majlis itu Pengarah Kastam Melaka, Dato’ Haji Saadon bin Haji Mohd Dros dan Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Syed Mohri bin Syed Abu Bakar.