Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Berbuka Puasa Kastam DiRaja Malaysia Sarawak bersama YBhg. Dato’ Sri Khazali Bin Hj.Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia telah diadakan pada 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H. Majlis tersebut telah berlansung di Kompleks Perumahan Kastam Demak Laut, Kuching.
Acara majlis pada petang itu dimulai dengan penyampaian sumbangan oleh YBhg Dato’ Sri dan Datin Sri kepada ketua-ketua stesen dan warga jabatan yang bertugas di pos-pos sempadan seluruh negeri Sarawak. Seterusnya, penyampaian sumbangan kepada seramai 26 orang anak-anak yatim daripada dua buah rumah kebajikan di sekitar Bandaraya Kuching.
Majlis itu juga dihadiri oleh Pengarah Kastam Negeri, mantan-mantan Pengarah Kastam Negeri, warga jabatan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.